Hari ini adalah 10 Muharram 1435 Hijrah, Pada 10 Muharram kita disunatkan berpuasa. Banyak kelebihannya berpuasa pada tarikh ini. Pada 10 Muharram ni akak teringat akak bubuq sora yang dibuat pada masa dulu. Nostagia di kampung menggamit rasa. Setiap tahun apabila datangnya hari Asyura, penduduk kampung bergotong royong memasak bubur asyura. Pada masa itu akak teringat mak akak duduk di bahagian dapur dan memotong buah-buah yang nak dimasuk dalam bubur asyura.
Mak membuat tugasan ini bersama rakan-rakan wanita yang lain.
Kaum bapa pula ditugaskan untuk membuat dapur api kayu . Bubur dimasak dalam kawah (kuali besar) (sekaran ni sure anak akak tak tahu apa itu kawah)
Sungguh seronok. Sebelum bubur masak, gotong royong memasak juadah untuk makan tengahari juga dibuat untuk orang-orang yang bekerja. Lauknya simple dengan ikan goreng, sambal belacan, ulam-ulan
Semasa proses memasak lama betul nak tunggu kat kawah tu. Part2 akhir tu nak tahu masak ke tidak ambil tempurung lapik daun pisang masukkan bubur tadi. Kalau sejuk keras maknanya dah masak lah tu.
Lupa nak cerita masa dulu-dulu tak de santan segar. Ibu-ibu kat kampung memarut kelapa (kukur kelapa dengan kukur yang seperti kuda) Best ni naik dok belakang mak. Kemudian kelapa parut tu diperah dengan tangan untuk keluarkan santan.
Sekarang semuanya mudah. Baru pertama kali pada usia akak 42 tahun akak nak belajar buat bubur asyura. Kesempatan mak ada kat KL. Kebetulan akak menyahut cabaran ada orang menempah bubur asyura kedah ni. So jom layan bubur asyura versi akak.
Bahan-bahan:
1 ketul ubi keledek kuning sederhana besar (potong dadu)
Pisang awak 6 biji
100 g kacang kuda
100 g kacang hijau
100 g kacau tanah tanpa kulit
Jagung mentah 2 tongkol
sagu 1 cawan
gula merah 2 cawan
gula putih 1 1/2 cawan
Air 3 liter
Santan 500ml
tepung beras 250 g Cap teratai
garam secukupnya
Daun pandan
Cara-caranya:
Air, tepung disatukan. Daun pandan . Kacau di atas api. agak sebati tepung dan air. masukkan jagung dan ubi. Gula merah dan gula putih. kacau shingga likat sedikt. Masukkan semua kacang2. Semua kacang2 perlu direbus dahulu. masuk sagu. Akhir masuk santan. garam,
Berat sikit nak kacau sampai masak. Jangan bagi adunan tu hangit. kacau selalu. Masak apabila tepung dah tak lekat kat kuali. (Ini boelh makan dipotong) tapi kalau lekat kat kuali kita dah angkat. Makan dengan sudu la