Selasa, 17 Disember 2013

Anak Pertama

Begitu susahnya mencari sekolah untuk anak memasuki tingkatan satu jika keputusan upsr dan psra tidak cemerlang. Sekolah swasta Bina Insan pun tidak layak. Alhamdulillah permohonan ke Maktab Mahmud di Kedah telah diterima selepas peperiksaan kelayakan dibuat. Masa akak darjah 6 dahulu akak tak berpeluang nak belajar kat situ sebab dengan ketiadaan ayah dan mak pula tak tahu apa-apa jadi akak hanya dimasukkan ke sekolah Rancangan Khas sahaja.

Namun begitu akak benar-benar inginkan anak belajar di sekolah agama kerana akak tak dapat pada masa itu. Bila ditawarkan kat sekolah tersebut berbelah bahagi hati akak dan suami. Tapi jika kita ragu-ragu maka kepada Allah kita perlu memohon. Mendapatkan keredhoaan Allah.

Semalam 17hb disember kami bersepakat untuk hantar anak kat sana. Kedah. Walaupun jauh tapi penghijrahan itu lebih baik.

Wallahualam. Doakan anak akak menjadi seorang yang terbaik di sekolah Maktab Mahmud nanti. Amin

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...