Khamis, 19 September 2013

CUCUR UDANG KUAH KACANG

Setiap kali akak buat cucur udang mesti nak cicah kuah kacang. Dahulu hubby tak pandai makan sebab orang kelantan katakan. Tapi bila akak selalu buat dah jadi kesukaan dia pula. Penerimaan anak-anak nampaknya ok. Bab memasak untuk keluarga ni memang susah betul nak cari yang boleh menepati selera mereka. Memang akak buat untuk berjualan tapi nampaknya banyak yang depa memilih bab makan ni. Jadi untuk keluarga akak selalu repeat masak yang depa suka aja.

Ini lah kucai yang diambil daripada pasu depan rumah. Kucai ni dah tanam masuk 2 tahun. sepasu diambil daripada rumah Pak cik kat Felda di Pahang. Seronok kalau ke sana. Macam-macam ada.
 Resepi cucur udang terdapat juga pada entri2 yang lepas atau akak masukkan semula.

300 gm udang tak kisahlah besar atau kecil
500 gm tepung gandum
1 biji bawang besar yang dimayang halus
daun kucai yang dipotong pendek2
RM0.50 tauge
garam, gula secukupnya dan 3 susu besar tepung beras
Air suam yang secukupnya untuk dibancuh.

Cara:
1. Udang dibersih. Campurkan semua bahan. Biar seketika dalam 15 minit. Dan goreng. Kalau goreng besar nak makan potong. Kalau goreng kecil2 boleh makan terus semulut. Nak cicah dengan sos pun boleh dan kuah kacang lagi la sedap.


 Kuah kacang ada dalam entri lepas juga. Resepi kuah kacang akak ni boleh dimakan bersama nasi impit juga tapi kalau cucur udang boleh dicairkan sedikit kuahnya. Buat pecal juga sedap dimakan bersama kuah kacang ini.




Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...