Khamis, 9 Mei 2013

PULUT MANGGA

Hari ni kawan kat office belanja pulut mangga. Mangga harum manis lagi yang dibawa daripada Perlis. manis. Tapi pulutnya akak yang buatkan. Nak resepi pulut lemak makan dengan buah mangga tak? Akak letakkan resepinya kat bawah ni ya.


Bahannya: 500 g beras pulut (pulut susu lagi sedap)
300 ml santan pekat
2 sudu makan gula
1 1/2 sudu kecil garam

***Cara :
Beras pulut direndam sekurang-kurangnya 3 jam.
Kukus pulut sehingga masak atau lebih kurang 20-30 minit. Angkat dan masukkan santan pekat dan rasakan garam dan gula. Kukus semula lebih kurang 10 minit. Dah siap untuk dimakan.

***Sedap juga kalau masak santan dan letakkan gula dan garam. Makan dengan mangga. Itu pulut mangga thailand.

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...