Selasa, 4 September 2012

KHASIDAH KEDAH


Sewaktu mak akak tinggal dengan akak kerana menemani sebab pak su berkursus dapatla akak belajar kuih ini. Kuih ini agak simple tapi kenapa la tak reti nak buat. Hari tu suruh mak tunggu tepi akak dan akak terus membuatnya. Kalau ikut mak pakai agak2 tapi akak cakap dengan mak, mai kita cuba ukur ngan cawan pula. dan inilah jadinya. Kalau pernah memakannya dan suka boleh cuba resepi ini.



Cara membuatnya:
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 cawan gula (akak suka kurang manis jadi akak letak 3/4 cawan je)
sedikit garam.

*****
Kacau semua bahan di atas di dalam periuk. Sampai berkilat (merelit). Masukkan dalam loyang atau bekas.

Sebelum itu kita dah prepare bawang untung menggoreng buat bawang goreng sebagai filling dia. Kuih ini tak de bawang goreng buatan sendiri tak sedap. jadi untuk kesedapan kena buat bawang goreng sendiri. Selepas bawang goreng masak tabur dalam bekas yang kita masukkan tepung yang telah dimasak itu bersama minyak gorengan bawang tadi. Lupa nak cakap ada setengah orang letak sesudu tepung kastad supaya khasidah ni nampak kuning.

Kenapa akak letak tittle Khasidah kedah sebab mungkin negeri lain bahan nya lain pulak. Kita boleh mencuba mana yang sedap kan.

Terima kasih kerana mengunjungi blog yang tak secanggih ini.

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...