Jumaat, 10 Disember 2010

SALAD TELUR

Resepi di atas dibuat beberapa tahun yang lalu. Tapi nak kongsi dalam blog ini sebab azam maal hijrah nak selalu update supaya blog ini tidak sepi. Boleh juga jadi collection anak cucu nanti. Akak ni tak la pandai memasak sangat tapi suka godek-godek resepi dan buat la apa yang patut. Salad ni dibuat makan dengan nasi tomato sebab malas nak buat acar.

Nak cuba? Ini resepinya.

Telur rebus 5 biji (Guna alat hiris telur dapat 1 biji telur lima hirisan)
Daun salad (jadikan sehelai2)
1 biji timun (ukir ngan garpu dan hiris nipis)
2 biji tomato (potong 2 dan hiris nipis)

Sos:
Ambil sedikit sos cili campur ngan cuka sikit, gula sesudu dan garam secubit (gaulkan dengan 3 sudu besar air panas) Kacau.
Dan selepas dihias atas pinggan bahan-bahan di atas boleh lah ditabur sos.

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...