Bulan-bulan puasa ni menu ayam percik memang lazat aja. Di makan dengan nasi atau diratah memang sedap. Resepi ayam percik ini diperolehi dari boss di mana resepi keluarga. Akak nak kongsi pula kak sini sebab akak dah try buat pertama kalinya masa buka puasa hari 3 semalam. Memang sedap. Dan akak akan buat lagi.
Yang seekor dipotong 4
Bawang merah 10 biji di bakar
5 batang serai
3 inci halia tua
Santan secukupnya
Air asam jawa
garam dan gula melaka
Nak kuah percik warna merah boleh letakkan cili mesin.
Ayam diperap dengan bahan tadi dalam 1 jam. kemudian dibakar.
Selebih bahan-bahan tersebut dimasak sehingga menjadi pekat.
Semasa ayam dibakar, Celupkan beberapa kali ayam ke dalam kuah percik dan bakar hingga masak.
yang selebihnya kuah percik tadi di tuang ke atas ayam semasa hidangan.
##ayam bakar cara tradisional dibakar atas api arang. Pemanggang ayam pula daripada batang tebu supaya kemanisan tebu itu diserap ke isi ayam.