Isnin, 11 November 2013

AYAM GORENG KUNYIT

Ayam goreng kunyit sedap dimakan panas-panas bersama dengan sambal belacan. Cer buat nasi tambah bertingket-tingket. Ayam yang dibuat goreng kunyit ini diambil daripada isi-isi ayam. Anak-anak akak meratah lagi tak makan pun dengan nasi.

Resepi ini akak agak-agak sendiri sebab dah beberapa kali makan nasi ayam goreng kunyit ni kat Ampang Jaya. Memang superb. Jadi akak try buat kat rumah. Umm boleh tahan juga. Ni akak kongsi resepinya.
Bahan-bahannya:

Ayam diambil bahagian isi
(Dipotong kecil) Dibersihkan
5 ulas bawang putih dan 2 inci halia. (tumbuk atau kisar) dan sedikit garam

Perap bahan-bahan tersebut lebih kurang 15-30 minit,

sediakan kuali diletak minyak dan goreng hingga agak-agak masak.

Mayang bawang besar. Titipkan cili api dan 2 batang serai. Gorengkan bersama ayam sehingga bawang masak. Angkat dan boleh dinikmati seisi keluarga.


Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...