Khamis, 12 Mei 2011

PASTA ANGLE HAIR BERGORENG

Balik kerja tak tau nak masak apa tetiba anak sulong akak, Yasmin pandai pula meminta nak makan spageti. Akak pun terfikir nak buat cara Olio tu. Apa lagi keluarkan udang dan sotong daripa icebox. Mulakan operasi .

Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih dicincang halus
2 ulas bawang besar dihiris nipis
1 paket pasta angle hair San Remo
15 ekor udang
5 ekor sotong hiris kecil
Beberapa ketul cendawan butang
5 biji cili kering dihiris halis
beberapa biji kacang sepat hijau. (tak bubuh pun tak apa.
Sedikit garam dan lada sulah.

Cara:
Rebuskan 'angle hair' mengikut caranya iaitu rebus air dalam periuk hingga mendidih kemudian masukkan pasta tersebut. Dalam 5-8 minit. Masukkan garam dan minyak Zaiton. Toskan bila dah masak. Ketepikan.

Dalam kuali berasingan, masukkan minyak zaiton dan campur ngan minyak masak tumiskan bawang. Bawang digoreng kekuningan dan masukkan sotong dan udang dan sayur yang nak dimasukkan seperti cili, cendawan dan kekacang. Dah layu sikit masukkan pasta. Rasakan kemasinan dan kepedasannya. dan boleh diangkat untuk dihidang.

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...