Makaroni bakar yang belum dibakar
Makaroni Bakar yang siap dibakar. Cuma perlu ditabur hirisan daun sup dan bawang goreng. Tak terambil gambarnya.
_________________________________________________________________________________
Makaroni bakar di atas ni order dari kawan. Buatnya memang mudah. Sesiapa nak buat pun boleh. Tapi kalau dah tak larat nak buat. Order je ngan akak. Boleh saja. Tapi kalau nak membuatnya Inilah resepinya:
I kotak Makaroni (Barilla)
10 biji telur
500g daging cincng
3 ulas bawang putih
3 biji bawang besar (besar punya)
Garam secukup rasa
Sos tomato 330g
minyak 1 cawan + 3 susu besar minyak sapi
1 mangkuk bawang goreng
Daun sup, bawang, cili goreng (hiasan selepas masak -tabur)
CARA***
- Panaskan minyak. Tumis bawang yang telah diblend. Goreng garing baru masukkan cili kering yang telah diblend. Goreng sehingga cili garing/masak.
- Masukkan daging cincang, air secawan dan sos tomato.
- garam dan gula secukup rasa dan bawang goreng. Dah agak masak masukkan makaroni yang telah siap direbus. (rebus makaroni ada caranya dengan masakkan air masuk makaroni letak minyak sikit toskan bila makaroni dah masak)
- Lepas masuk makaroni baru letak telur. Dan masukkan dalam bekas untuk dibakar selama 20-30 minit dengan suhu oven 180 c.
- Dah masak hiaskan dengan hirisan daun bawang dan sup.