Selasa, 19 April 2011

KEK KUKUS COKLAT MOIST


Resepi ini dibuat berdasarkan buku "STEAMED CAKE" yang ditulis oleh Chef Zubaidah Bt Che Pa. Try buat dan sedap pula rasanya. So nak kongsi resepi daripada buku Chef Zubaidah ini.
Bahan A
100g serbuk koko
250gm gula pasir
1 tin susu cair
200 gm minyak masak
250 gm susu pekat manis
Bahan B
150 gm tepung gandum
1sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
4 biji telur B

Cara-cara:
1. Campurkan bahan A dan kacau sebati.
2. Masak atas api seketika
3, Di bekas yang berasingan pukul telur dan curahkan ke dalam adunan A.
4. Akhir sekali masuk tepung dan sebuk koko yang telah diayak.
5. Guna mixer dengan slow speed dan kacau sehingga tepung tak bergentel.
6. Kukku dalam bekas 1 jam.
7. Kek sejuk tuang topping. Tabur manik warna warni. (tapi akak letak coklat rice) itu yang ada kat stor.

Coklat topping.
200 ml whipping cream
300 gm choclate bar
1 sudu mentega

Kek di atas dibuat nak bagi kat Kawan sebab bagi baby court untuk akak. Terima kasih Kak Ija. 

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...