Isnin, 13 Jun 2016

BUTIR NANGKA TERSEDAP DAN LEMAK BERKRIM

Jarang betul akak buat dessert untuk dimakan sewaktu berbuka. Biasanya akak membeli sahaja. Tapi semala iftar 7, anak akak humaira teringin nak makan butir nangka ni. Ok la layan tekak orang berpuasa ni.




Akak buat 3 color pilihan. Nak buat sangat senang.

Sedikit tepung pulut dibahagi 3 color. Gentelkan dan rebus dalam air mendidih. Bila dah timbul tanda dah masak. Angkat dan masukkan dalam air sejuk.

500 gm santan pekat dicampur dengan air kosong 300 ml. Masak dengan gula ikut kemanisan yang diingini. Garam dn halba. Didih santan masukkan tepung pulut yang dah masak tadi ke dalam santan. Sedia untuk dinikmati.

**Kalau ada buah nangka lagi sedap.

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...