Khamis, 3 Oktober 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 2014 MAKTAB MAHMUD


Semasa akak darjah 6 dulu , akak masuk sekolah menengah hanya berbekalkan keputusan penilaian darjah 5 sahaja. Keputusan tidaklah secermerlang mana. Duduk kat sekolah Rancangan Khas di Sekolah Mnengah Sultanan Bahiyah Alor Setar. Sekolah ni perempuan semua tau.

Memandangkan sekarang ini anak akak yang sulong akan menjejak kaki ke sekolah menengah, jadi akak nak penuhi impian akak dahulu nak masuk sekolah agama. Sememangnya kakak sekarang sekolah agama intergrasi Al Iman. Sekolah swasta kat ampang ni. Sekolah ini akan dihantar ke sekolah Agama Kuala Kubu Bharu. Tapi kakak kata nak ke Maktab Mahmud. sahabat akak Ustazah Farishana ada mengajar kat Sekalah Maktab Mahmud so kak minta dia belikan no. pin. Jadi e permohonan boleh dibuat di .http://maktabmahmud.edu.my/login/

Ni akak copy daripada lamanweb maktab mahmud.

KEPADA SEMUA PENGGUNA BARU SILA BACA MANUAL PENDAFTARAN SISTEM ONLINE SEBELUM MEMBUAT


PERMOHONAN BARU.





http://www.lmm.gov.my/wp-content/uploads/2013/09/MANUAL-PENDAFTARAN-SISTEM-TINGKATAN-1-SESI-2014.pdf





Permohonan untuk sesi 2014 telah dibuka 22.09.213 - 13.10.2013

Harap Maklum.







--------------------------------------------------------------------------------



KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 2014



MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH DARUL AMAN







PELAJAR-PELAJAR TAHUN 6/2013 SEKOLAH KEBANGSAAN ADALAH DIPELAWA MEMOHON KE TINGKATAN 1 MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH DARUL AMAN BAGI TAHUN PERSEKOLAHAN 2014







1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN







1.1 Warganegara Malaysia dan dilahirkan tahun 2001



1.2 Lulus Ujian Bertulis Maktab Mahmud



1.3 Lulus Ujian Tilawah Al Quran.



1.4 Lulus Peperiksaan UPSR sebenar berdasarkan syarat berikut : Lulus minimum 4A 1B untuk Maktab Mahmud Alor Setar dan minimum 2A untuk lain-lain Maktab Mahmud Daerah.



1.5 Lulus semua mata pelajaran UPSR.







2. SYARAT-SYARAT MENGEMUKAKAN PERMOHONAN







2.1 Borang permohonan hanya boleh didapati secara on line di website Lembaga Maktab Mahmud iaitu www.lmm.gov.my.



2.2 Calon dikehendaki membeli nombor pin berharga RM10.00dari Maktab Mahmud berdekatan.



2.3 Nombor Pin boleh didapati di:-







i. Maktab Mahmud Alor Setar, Persiaran Sultan Abdul Hamid, 05050 Alor Setar - 04-7726482



ii Maktab Mahmud Yan, Kpg Acheh 06900 Yan, Kedah - 04-4477742



iii Maktab Mahmud Langkawi, Ulu Melaka 07000 Langkawi, Kedah - 04-9555301



iv Maktab Mahmud Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah - 04-7860900



v Maktab Mahmud Pendang, Kpg Penyarum, Mk Tobiar 06700 Pendang, Kedah - 04-7847806



vi Maktab Mahmud Sik, Batu 8 Sik, 08200 Sik, Kedah - 04-4625809



vii Maktab Mahmud Merbok, Jalan Batu Hampar, 08100 Merbok, Kedah - 04-4571061



viii Maktab Mahmud Kuala Muda, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah - 04-4374324



ix Maktab Mahmud Baling, Batu 48, 09100 Baling, Kedah - 04-4701442



x Maktab Mahmud Kulim, Sidam Kanan, 09400 Padang Serai, Kedah - 04-4000104



xi Maktab Mahmud Bandar Baharu, 09800 Bdr Baharu Serdang, Kedah - 04-4077159



xii Maktab Mahmud Pokok Sena, Jalan Langgar, 06500 Alor Setar, Kedah - 04-7870624







3. PENGISIAN PERMOHONAN SECARA ONLINE DI WEBSITE LEMBAGA MAKTAB MAHMUD BERMULA PADA



22.09.2013 HINGGA 13.10.2013





Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...