Isnin, 30 September 2013

PUDING ROTI

Apabila makan di hotel cukup suka bila ada hidangan puding roti yang panas2 gitu. Sedap pula bila dimakan berssama sos kastadnya.

Nak tulis resepi ini untuk rujukan anak-anak, sahabat-sahabat juga sesiapa yang berminat. (ada ke org berminat datang blog akak ni)

RESEPINYA :

10 keping roti
5 biji telur
1 tin susu cair
150g gula
1 tin air (guna bekas susu)
sedikit mentega
Buahan kering
esen vanila 

Cara :
1. Rendam roti bersama susu cair, gula, telur, air, esen  (akak susun roti dalam bekas. telur, susu, gula, air, esen diblender) dituang ke dalam roti hingga tenggelam roti yang disusun. Boleh letakkan bua-buahan. Biarkan 1/2 jam. Barulah dibakar 30 -40 minit sehingga masak.

SOS :
 1 tin susu cair
1 tin air
1 sudu besar tepung kastad
200 g gula (kalau nak kurang gula pun tak apa)
esen vanilla

Masak gula dan susu dan ir hingga mendidih. masukkan tepung kastad. mendidih seketika tutup api. (tepung kastad kena bancuh ngan air dulu) kalau masukkan tepung tu kering nanti sos akan berketul.

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...