Selasa, 27 Ogos 2013

LAKSAM # MEE LAKSAM # TEPUNG LAKSAM




Kat sini mak su nak kongsi cara buat laksa (mee) dia. Ramai yang pm nak resepi, Buat laksam ni amat mudah tetapi memerlukan ketahanan jiwa. hehehe sebab apa??? nak berpanas di depan periuk kukus tu.
Sebenarnya dah kongsi resepi sebelum ini tapi hari ni mak su terlebih rajin pulak. Laksam ni makan saja pun sedap.

Bahan-bahannya

RESEPI LAKSA (MEE)

Sediakan tudung periuk atau apa-apa yang boleh dijadikan alas.
Nak cepat buat dua kukusan atas 2 dapur.

Panaskan air kukusan.
Lapik plastik atas tudung periuk yang telah dilengserkan dengan minyak.
Panaskan tudung periuk tersebut dalam kukusan. Baru masukkan bancuhan tepung tadi.

Tepung beras 500g
Air 1000ml (Nak lebih sikit 200ml pun ok) ikut la citarasa masing2.
2 sudu kecil garam
tepung ubi 3 sudu besar bumbun
2 -3 sudu besar minyak masak.

Campur ke semua bahan. Dan tapis.
Bolehlah mengukus.

#Tip# Nak tahu dah masak periuk kukus keluar asap ditepi2 dan buka tudeng periuk tepung tadi mengelembung.

Cubalah.
Kuahnya pula boleh cuba yang kedah dah kelantan. Search dalam maksu punya terdahulu.
Terima kasih.

Tapi kalau penat nak buat atau renyah boleh buat TEMPAHAN LAKSAM mee sahaja atau package ngan kuah dan ulaman boleh dibuat. SILA HUBUNGI MAKSU 012-2090851.
TERIMA KASIH.

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...