Selasa, 23 April 2013

PEMBEDAHAN MATA DISEBABKAN JULING # RAWATAN JULING

Rawatan pembaikan mata juling bukanlah asing lagi di negara kita sekarang ini, Ini dibuktikan dengan mata anak akak. Sebenarnya pembedahan mata yang dibuat kepadanya adalah pada bulan Januari 2012. Dan sekarang ini pembendahan tersebuat telah pun pulih sepenuhnya dan dia tidak perlu lagi membuat rawatan susulan selepas ini.

Mata anak akak dikesan juling pada umur 2 tahun ke atas. Sebelum itu memang kami tak menyedari langsung kejulingan matanya. Kejulingan beliau amat ketara apabila beliau demam atau mengantuk. Doktor klinik biasa memberitahu terdapat rawatan untuk mata juling.




Buat pertama kalinya akak membawa dia membuat rawatan di Hospital UKM bahagian OFTAL. Pakar pada masa itu dikenali sebagai Sherlene (akak tak tahu nak sebut apa jawatannya sebab dia bukan Doktor mata tapi dia mengukur tahap kejulingan mata maybe berkaitan bidang oftalmology) Beliau ini orang Singapore. Anak akak diberi ubat mata untuk membesarkan mata hitam supaya dapat dilihat punca juling tersebut. Selepas beberapa rawatan susulan dikesan bahawa saraf mata anak akak tidak normal maknanya tarikan urat mata menyebabkan matanya juling. Apa yang boleh dilakukan adalah melalui pembedahan sahaja.

Kami pada masa itu berbelah bahagi nak buat pembedahan atau tidak atau biarkan saja juling tersebut. Ayahnya lagi la kalau bab2 sebegini amat takut. Nak cabut gigi susu anak yang longgar pun dia tak mahu. Kami memberhentikan rawatan tersebut sehinggalah umurnya 7 tahun.

Apabali semakin besar matanya semakin nampak juling. Akak yang tiba2 rasa kasihan bila melihat mata anak juling sebab tiada siapa ahli keluarga kami yang juling pada masa ini. Akak membuat research dan membaca dan memang terdapat pembedahan ini yang berjaya tetapi risiko tetap ada. Akak memujuk suami dan kami membawa anak ke Hospital Ampang pula bagi mendapat rawatan tersebut. Tetapi di Hospital Ampang tiada pakar dalam bidang ini dan Hospital Pakar Mata Kerajaan yang terbaik adalah di Hospital Selayang.

Alhamdulillah kami berjumpa dengan Doktor mata yang sangat baik iaitu Doktor Azura dan sememangnya beliau Doktor Pakar Mata yang telah berjaya membuat pembedahan membaik pulih juling yang 80% berjaya tanpa pembedahan kali kedua.

Untuk ukuran kejulingan kami berjumpa Sherlene sekali lagi di Hospital Selayang dan kali ini beliau lebih fasih berbahasa melayu. Setelah follow up beberapa kali dan tiada lagi pergerakan mata yang (ukuran juling) sebab kalau sentiasa berubah maknanya buat operation pun akan juling balik maka tarikh untuk operation yang ditetapkan dalam bulan Oktober 2011  ditetapkan bulan 20hb Mac, 2012. Pada masa ni Bibik baru ganti ada kat rumah jadi okeylah. Tapi bibik baru kerja seminggu dah tak nak kerja. Cari bibik lain dapat la awal tahun 2012.

Semua yang berlaku ini adalah perancangan Allah yang terbaik, tiba-tiba Hospital call ada kekosongan bilik pembedahan pada 17 Januari 2012. Si ayah tak berapa mahu sebab awal sangat anaknya nak dibedah tapi akak sangat setuju sebab dengan anak kecil ada tentu senang bila bibik ada untuk menjaga. Dan nak jadi cerita, bibik yang ada tu dah tak nak kerja dah bulan 3 tu. Kan dah terlepas satu masalah sebab operation bedah juling tu telah dibuat bulan 1. Alhamdululillah Allah tu amat berkuasa dan sentiasa memberi kesenangan kepada hambanya yang memerlukan.

Anak akak dibedah pada tanggal tersebut dan alhamdulillah semuanya selamat dan sudah lebih setahun dan dia pun dah mandi kolam  sebab pantang lepas bedah mata adalah jangan mandi kolam selama 6 bulan. tapi dia lebih setahun. Sekaran dia tidak rasa rendah diri lagi. Masa kecil maye tak rasa lagi kan.

Akak ada ambil gambar semasa dan selepas bedah tapi adik2nya dah terdelete gambar2 kat hospital. Akak muatkan gambar beliau kecil hingga sekarang untuk lihat matanya.

Tujuan akak kongsi kat sini hanyalah untuk menggalakkan ibu bapa yang mempunyai anak juling bahawa rawatan boleh dibuat. Dengan ini kita dah berusaha untuk memberi anak kita satu kehidupan yang lebih baik.




**kenapa tiba2 nak kongsi cerita ni ? untuk adik juga kan?? aca blog ibu adik akan teringat mata adik tu....

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...