Hari ini dengan penuh kesyukuran akak ingin pamerkan resepi cookies yang akak dapat masa makan dekat sebuah hotel. Sedap cookies dia ni. Tapi akak tak sempat lagi nak buat sebab betul2 perjalanan hidupku terganggu disebabkan tiada maid. Nak tunggu maid baru tak sampai2 lagi. So menyerah je la.
Terima kasih kepada 'adik ini' kerana dia memberi resepi dengan ikhlas. Akak ucapkan terima kasih bebanyak. Moga kalau ada sapa2 yang try buat biskut ni menjadi 'adik ini' akan dapat pahala dan diakhirat nantilah ganjarannya. Mungkin kita tak bersua lagi tapi pemberian adik ini akak berterimakasih sangat2.
Resepi diberi adik ini banyak tapi akak adjust jadi sikit buat kita2 yang nak makan. Resepi ni boleh gak anak2 akak try nanti.
FAMOUS AMOS COOKIES
Perkara 1.
240 g butter
270 g gula
240 g gula perang
Diputar sehingga kembang
Perkara 2
3 biji telur
Masuk dalam gula dan buter yang dah dipukul kembang. Pukul telur hingga sebati dan kemban
perkara 3.
400 g tepung gandum
15 g baking powder
baking powder dicampur dalam tepung dan dimasuk dalam adunan.
400 g chocolate chip
300 g walnut/badam
10g garam
30g coco powder
semua digaul
guna dua sudu kepalkan tepung dan bakar. pada 170 celcius pada 10 minit.
*** akak tengok adik tu guna dua sudu. Biskut ni akan mengembang leper. tapi sdap......
Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...

-
Pernah makan tak pulut lemak. Kalau orang kedah panggil pulut lemak la, orang luar tak pasti pulak ye. Pulut lemak boleh dipelbagaikan. Nak...
-
Rawatan pembaikan mata juling bukanlah asing lagi di negara kita sekarang ini, Ini dibuktikan dengan mata anak akak. Sebenarnya pembedahan m...
-
Just for sharing. Mak su dah open kepada siapa yang berminat dalam masakan. Nak belajar untuk suka-suka atau boleh juga nak belaj...