Isnin, 30 September 2013

AYAM SAMBAL

Resepi ayam sambal ini didapati daripada kakak seniorku masa belajar dulu iaitu kak Roha. Tengok dia publish kat Fb nampak memang sedap. Anak-anak akak memang suka ayam sambal ni. Biasanya akak buat cara akak je. Ayam masak merah. Minta pada Kak Roha resepi ni. Dia pun bagi. Kepada Kak Roha jutaan terima kasih atas pemberian tersebut. Kita kongsikan resepi ini di sini.
 RESEPI AYAM SAMBAL

(tak ikut sukatan sebab buat ikut agak2) Cuma cara sahaja ok. Ramai kat luar sana pandai2 kan. Tapi kalau kurang faham boleh mesage akak ya.

Ayam digoreng macam biasa bersama garam dan kunyit tapi jangan terlalu garing. Nanti keras.

Blender cili kering dan bawang besar. (agak2 kalau nak pedas ke atau kurang kepedasan) Bawang pula kalau letak banyak lebih pekat kuah tersebut.

Setelah ditumis bahan-bahan tersebut biarkan cili dan bawang masak secukupnya. Kalau garing lagi sedap.

Masukkan soso tomato/ tomato puree. (Akak letak sos tomato dan sikit sos cili.

Masukkan gula dan kicap sedikit sahaja (sebab buka buat masak kicap) .

Masukkan daun sup dan daun bawang dan sedikit air ( akak tak letak)

Masak ayam yang telah digoreng. Masuk dalam sambal dan biarkan sebati.

Boleh dihidangkan.



Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...