Isnin, 22 Julai 2013

FROZEN #SARDIN ROLL # Sardin Gulung

Kita telah memasuki puasa fasa ke dua iaitu hari ini dah masuk hari 13 kita berpuasa. sekejap sungguh masa berlalu. Dalam menghadapi kekalutan seharian sempat juga akak memenuhi hajat kawan-kawan nak makan sardin roll istimewa akak. 'Istimewa la sangat'. hehehe. Memulakan kerja selepas subuh. Akak membancuh dan dengan bantuan mesin akak menguli dan membentuk dan biarkan beberapa minit

Pukul 8 pagi hantar kakak (anak akak yang sulong) ke tuisyen. Balik rumah mengemas apa yang patut dan akak start  'roll ' tepung tu pukul 8.45 dan pukul 10 pagi siap untuk 1 kg tepung. Ada peningkatan sedikit. Jika dulu akak buat 1 kg tepung 2 jam baru habis.

Membuat kuih-muih ni marginnya tak banyak sangat sebab nilai jualan yang rendah. Tapi dalam kuantiti yang banyak itu agak baik. Masa pula banyak digunakan untuk membuat kuih muih ini sebab ia merupakan sentuhan tangan dan tidak menggunakan bantuan mesin untuk membentuknya. Apa jenis kuih koci, badak, cik mek molek.

Akak berbangga dapat membuatnya kerana tidak semua orang minat nak buat kuih-kuih ni. Renyah.
Kalau ada yang berminat dengan kuih frozen akak ni silalah hubungi akak 012-2090851. atau email :ibualif@gmail.com

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...