Jumaat, 5 April 2013

NASI KERABU (VERSI MAK MERTUA)


set nasi kerabu
Nampak sedap tak nasi kerabu kelantan ni. Sedapkan. Ha macamana nak buatnya. Akak bagi resepi ni daripada apa yang akak belajar dengan mak mertua akak je la ya.

Nasi  ----masak macam nasi biasa. Boleh nak nasi putih , kuning letak kunyit atau biru dengan masak bersama air bunga telang.

Ikan tu akak rebus dengan garam dan asam keping. gula nissan. lepas tu baru goreng.

Ulam-ulam ikut suka adik2. Timun, tauge, kesom, bunga kantan dan yang best ada pucuk daun serai kayu. Itu orang kelantan panggil kot. Kalau kat Kedah panggil daun samak. Bukan daun tapi pucuk.

ulam-ulam


Sambal Kelapa:   Isi ikan yang telah direbus atau dibakar secukupnya. Kelapa yang digoreng sehingga kuning tapi jangan garing. Tumbuk bawang, halia, lada hitam, beberapa batang serai dan bawang merah. Gaul dalam kelapa yang dah digoreng dengan isi ikan dan bahan tumbuk. Masukkan gula nisse dan garam. Rasakan lemak masin nya. Hias dengan bawang besar dan cili besar.

sambal kelapa

Sambal nasi kerabu : 15 biji cili kering. seulas bawang puting dan 7 ulas bawang merah. Mesin. Masukkan dalam 300g santan dan ditambah 200ml air. Masuk dalam periuk dan dimasak dengan api perlahan. masukkan serai yang dititip dalam 5 batang. Gula nisse dan garam secukupnya. masak hingga berkelodak dan naik minyak. masukkan sedikit budu jika mahu. baru teringat : Letakkan 5 batang serai yang diketuk dan 2 inci halia dimesin sekali dengan cili). Santan boleh dipekatkan 350g dan air 150g.


sambal nasi kerabu (sos)
Nasi kerabu boleh dipelbagaikan dengan pelbagai jenis lauk. Antaranya telur masin. Ayam bakar atau ayam goreng atau daging bakar.

Akak masih dalam pemelajaran nak buat daging bakar yang lembut. Asyik bakar daging jadi keras je...


Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...