Kali ni akak buat kek dengan menggunakan sukatan dalam cawan. Akak guna cawan arcopal lama yang jernih tu. Cawan ni akak ambil dari mak kat kg dulu2. Masa akak bujang lagi. Dekat mak pun dah tak de cawan ni sekarang Cawan digunakan oleh kakak akak bila dia buat biskut raya. Hum nostagia sungguh akak ni kan. Sekarang ni bila akak ke kelas belajar masak cawan yang digunakan adalah cawan sukatan. tak tau la sukatan ini sama tak dengan cawan akak gunakan untuk minum air tu.
Tak kira bentuk dan saiz cawan yang anda gunakan. Resepi ini disukat dengan cawan.
2 cawan margerin PLANTA.
2 cawan gula halus
Pukul margerin dan gula hingga halus dan sebati. (kembang)
Telur 8 biji. (telur dibasuh)
Kembang masukkan telur satu persatu
masuk 2 sudu teh essen vanilla
Tepung naik sendiri 3 cawan
Serbuk badam 1 cawan
Susu segar 1/2 - 3/4 cawan (untuk melembatkan)
Selepas telur sebati dengan margerin masukkan tepung, serbuk badam silih berganti ngan air hingga habis. agak-agak 3 kali masukkan dalam bekas tersebut.
adunan dibahagi 3 dan masukkan pewarna berlainan dalam bekas berlainan.
masukkan dalam loyang bakar.
suhu 180 darjah celcius selama 45-50 minit
Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...
-
Pernah makan tak pulut lemak. Kalau orang kedah panggil pulut lemak la, orang luar tak pasti pulak ye. Pulut lemak boleh dipelbagaikan. Nak...
-
Rawatan pembaikan mata juling bukanlah asing lagi di negara kita sekarang ini, Ini dibuktikan dengan mata anak akak. Sebenarnya pembedahan m...
-
HOMEMADE PIZZA. Buat pizza begitu mudah dengan menggunakan noxxa breadmaker (amway). Sudah lama menggunakan noxxa breadmaker ni tapi har...