Isnin, 21 Januari 2013

Berniaga Online

9/10 rezeki adalah daripada perniagaan. Maka  dengan itu akak menyahut cabaran itu dengan menceburi bidang perniagaan perlahan-lahan. Minat berniaga telah dipupuk semenjak akak belajar di universiti lagi. dengan rakan perniagaan akak membuka kedai menjahit pakaian untuk student2 dan keuntungannya kami bahagi 5 dan sehinggalah akak grade  dan perniagaan ini dilepaskan kepada junior. Dan setelah 18 tahun bekerja makan gaji, akak merasakan sudah tiba masanya akak menceburi bidang perniagaan lagi. Tapi kali ini bidang masakan pula. Perniagaan online adalah cabaran pertama buat akak. Dengan tahap yang ala-ala sahaja akak membuat blog sendiri. Akak tak tau nak tambah apa-apa yang boleh menjadikan blog akak lebih diminati dan menarik. Selama ini jualan makanan akak untuk kawan-kawan terdekat dan yang pernah merasai hasil tangan akak. Lama-kelamaan dengan blog akak ini dikunjungi juga oleh pembaca di luar sana. Terima kasih buat anda yang sudi membacanya. Budi anda amat akak hargai.

Bermula dengan tempahan yang pertama, pada tahun lepas adalah daripada rakan sekerja akak yang menelefon akak nak order frozen samosa. Dia tak perasan itu adalah blog akak dan akhirnya tak sangka rakan sekerja yang berlainan tempat bertugas menjadi pelanggan pertama online akak. Keduanya pula membuat tempahan dan dibatalkan disaat akhir. Ini juga menjadi pengalaman utama akak untuk meneruskan perniagaan ini.

Semasa potensi pelanggan menelefon kita untuk bertanya harga, maklumat yang betul dan kosting yang betul perlu dibuat dengan teliti. Ini terjadi pada akak di mana akak telah tersilap kosting dan silap memberi harga. Namun ini sangat terkesan pada akak di mana bila harga sebenar akak telah caj dan ini menjadi kemarahan pelanggan tersebut. Akak mohon maaf sangat-sangat. Sedih rasanya dan macam tak nak berniaga online dah.

Apa pun itulah cabaran dalam perniagaan bak kata kawan baru yang akak jumpa masa kursus memasak temphari di mana 18 tahun telah bergelumang dalam bidang ini, jatuh bangun suka duka telah dirasai olehnya dan sekarang beliau menjadi peniaga yang berjaya. Akak akan kuatkan semangat demi ingin melihat banyak makanan halal di pasaran. Ini adalah fardu kifayah. Doakan akak dengan perniagaan ini sahabat-sahabat ku.

Jazakallah khairan kasiran.

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...