Jumaat, 6 Julai 2012

SOSEJ ROLL aka ROTI GULUNG INTI SOSEJ

Hai, bertemu kembali bila dah lama tak bersiaran. Just nak kongsi resepi yang paling mudah tapi sedap kalau makan. Boleh dimakan pada bila-bila masa dan buat pun anytime sebab mudah sangat. Budak-budak pasti suka tapi kadang-kadang intinya yang habis dulu. Kadang-kadang sarapan ringkas ini boleh memberi tenaga yang berpanjangan. Betul ke?

Okey lihat kepada bahan-bahannya.

Roti putih (sebarang jenis yang kita suka tak kira samada beli kat TESCO ka, Jusco ke, Gardenia,)
Sosej seberapa banyak yang kita nak buat roti. (Rebus sekejap.)
Serbuk roti
1 biji telur dipukul dan dicampur sedikit air (ini bila kita goreng kurang makan minyak tau)
Penggelek kena ada tau sebab roti tu kena gelek nipis baru letak sosej.


Ambil roti gelek kakn ia letak sosej. Gulung dan gamkan dengan telur. Bila dah gam celupkan dalam telur dan salut dengan serbuk roti. Boleh difrozenkan dan nak makan ambil goreng dalam minyak yang panas dan perlahan. Sedap dimakan bersama sos. Selamat mencuba ya.




Kebiasaanya akak akan akan buat banyak dan boleh digoreng 2 kali makan. Anak ramai kan....

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...