Khamis, 14 Jun 2012

SPAGHETTY BOLOGNESE

Akak bahagia bila akak dapat memasak dan orang yang memakannya merasai apa yang telah akak masak. Anak-anak memang suka dengan spageti ni. Mereka tambah berkali-kali kalau akak masak spageti. Jadi kali ni akak buat dalam kuantiti yang banyak dan frozenkan. Bila-bila nak makan bolehlah akak defrostkan dan panaskan.

Resepinya:
1 tin tomato puree
3 biji buah tomato (mesin ngan air)
1 peket daging cincang
2 biji bawang besar
3 ulas bawang butang
sedikit sos cili
sedikit sos tomato

optional : cendawan butang
bahan-bahan perasa seperti gula, garam, lada hitam/sulah, perasa (hilal)/ayam
Oregano whole atau flakes
Oregano
Cara-caranya:

Sedikit minyak (ikut suka minyak zaiton atau minyak biasa) tumiskan bawang putih yang dicincang halus. kemudian masukkan daging. Bawang besar yang dicincang halus.  Agak masak masukkan tomato puree dan buah tomato yang diblend. Masukkan bahan-bahan perasa dan oregano . Ikutlah lah kegemaran kita merasai apa yang nak kita rasa samada manis/ pedas ke. Masukkan cendawan bila kepekatan kuah yang kita hendaki.



**Akak juga menggunakan kuah ini untuk topping pizza. Boleh lah mencuba.

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...