Khamis, 1 Disember 2011

TAPAI PULUT

Masa balik kampung Kelantan akak beli 5kg beras pulut dan 4 biji ragi untuk membuat tapai. Nak buat tapai ni takut sebab kadang-kadang jadi dan kadang tak jadi. Dah banyak kali akak try tak menjadi dan tak jadi manis. Ragi ? Kalau tak letak ragi tak jadilah tapai. Adakah ragi memainkan peranan penting? Iu akak tak pasti sebab bila ada ragi baru ada proses pemerapan pulut oleh agen dalam ragi tersebut lalu jadilah tapai. Kadang-kadang cara kita buat juga tak menjadi. Pernah akak buat jadi tawar atau mentah. Kali ini akak nak kongsi cara-cara buat tapai.

Bahan-bahan
1 kg beras pulut - direndam dan dikukus sebanyak 2 kali dan disejukkan
1/2 biji ragi

Pulut yang dah siap dikukus 2 kali dan disejuk dalam bekas.


Cara: Hancurkan ragi dan guna penapis teh - ayak ke atas pulut yang telah sejuk. Rata-ratakan ia. Simpan samada masuk terus dalam bekas2 kecil atau nak masuk dalam bkas besar bertutup.


Inilah ragi. Kat Kelantan banyak jual kalau kat KL akak tak pernah jumpa.


Tapai yang dah masak atau jadi la. Manis sangat.


Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...