Selasa, 2 Ogos 2011

Sambal Belacan Buah Bacang ---Terbaek

Umm petang semalam akak berbuka dengan masam asam rebus tempoyak. Sedapnya hai. Anak-anak makan dengan berselera sekali. Ditambah pula dengan sambal belacan buah bacang. Fuhhh terangkat beb. Akak ni tak pandai sangat nak berceloteh tapi kalau nak resepi akak main agak-agak je, tak de sukatan pun.


SAmbal buah macang


...>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Resepi Sambal Bacang
5 biji cili besar merah
10 biji cili api
1 inci belacan
garam secukupnya dan
tentulah buah bacang (org kedah panggi macang)
Sebiji limau kasturi/1/2 biji limau nipis


Cara:
tumbuk cili, belacan, garam hingga lumat sikit. Perahkan asam limau. tambah gula kalau nak manis sikit dan cincang buah bacang dan tumbuk sikit je. Tara dah siap.

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...