Ahad, 10 Julai 2011

BISKUT RAYA --- COKLAT OAT BIJIRIN

Hari ini apabila Ammar tidur dengan nyenyaknya, akak terasa nak buat biskut untuk raya nanti. Setelah dicuba resepi tersebut tidak mengewakan kerana sedap dimakan. Tapi akak akan  mencuba lagi resepi yang lebih sedap dari ini. Biskut ini diambil resepi daripada Majalah SAJI Ogos 2010.

Resepinya:
.
Bahan-bahan:
350g tepung gandum
300g mentega
100g gula perang
150g gula kastor
150g oat kisar
100g cip coklat
100g badam cincang
2 sudu kecil soda bicarbonat
2 sudu kecil serbuk penaik
secubit garam

Cara menyediakan:
1. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur dan pukul seketika.
3. Masukkan ke semua bahan kering dan adunkan sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Ambil sedikit doh, bentuk ikut kreativiti anda. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit.

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...