Jumaat, 4 Mac 2011

RESEPI PAPRIK

Paprik ini version akak la. Main campak-campak je. Yang penting ada rasa dan boleh dibuat lauk. Kalau balik kerja mesti fikir apa nak masak. kadang-kadang bebudak ni tak makan apa yang kita buat.

Bahan-bahan:
5 ketul ayam dipotong kecil
3 sudu cili mesin
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 natang serai
2-3 helai limau purut
1 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
sayur-sayur (kacang panjang, bunga kubis, tomato, karot)
garam dan gula secukup rasa

Cara:
Tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus. Bila kekuningan masukkan cili mesin dan masak hingga garing. Masukkan serai dan daun limau. Masukkan ayam yang telah digoreng dahulu dan diketepikan. Masukkan semua sos dan garam dan gula. Rasakan masam manis. kemudian letakkan sayur. Dah boleh dimakan.

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...