Selasa, 3 September 2013

KENAIKAN HARGA MINYAK 3 SEPTEMBER 2013

Kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel bermula hari ni. Walaupun kenaikan hanya 20 sen tetapi memberi implikasi juga kepada poket individu. Contohnya 1 liter 20 sen jika penuh tangki kereta caren akak adalah 45 liter. Dahulu akak masukkan minyak penuh tangki RM85.50 dan sekarang RM94.50. bezanya RM9 sekali isikan tangki penuh. Jika sebulan 5 kali minyak penuh RM45. Setahun RM540. kenaikan tahunan gaji cuma RM250.

Salah satunya akak terpaksa menambah pengeluaran kuih muih akak kan bagi menampung kos sara hidup yang bertambah. Dan ini juga memberi kesan kepada lain-lain barang pengguna. Contohnya gas memasak, beras, gula dan barang-barang lain. Memang harga kuih nampak berapa sangat perlu naik tapi kalau dijumlahkan kos pengeluaran sesuatu produk juga meningkat mengikut item2 tersebut.

Semasa akak jadi pembeli akak juga bersungut kenapa harga kuih boleh naik tapi bila akak menjual dan membuat sendiri akak sedar kenaikan harga produk tidak boleh ditahan. Namun begitu kita sebagai pengguna yang bijak nilailah sendiri kuih yang murah dan kuih yang mahal dari segi rasanya.

Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...