Laksa kering atau laksa basah yang boleh dibeli di pasar. Kalau laksa kering kena rendam dahulu dan rebus hingga lembut tapi perlu hati2 jangan pula sampai hancur.
Kuahnya :
1 kg ikan direbus dengan garam dan asam keping untuk mengelakkan hanyir ikan.
15 biji cili kering
10 biji bawang kecil atau 2 biji bawang besar
Daun kesum/bunga kantan atau kedua-dua.
seketul belacan agak2 1-2 cm
######
Ikan yang direbus diasingkan tulang dan isi, Jangan buang air rebusan sebab guna air untuk buat kuah laksa. Isi ditumbuk halus atau mesin. cili dan bawang serta belancan dimesin halus. masukkan dalam periuk dalam periuk. Tulang ikan dimesin halus dan ditapis ambil airnya supaya kuahnya manis ikan.
Semua bahan dimasak sehingga mendidih dan masuk daun kesum dan biar mendidih lagi dan selepas itu boleh dimakan. Perasakan dengan garam dan ajino.
Ulam-ulam. Apa yang kita terasa nak makan dan mentah.