Jumaat, 20 April 2012

LAKSAM KEDAH

Lama betul akak tak menjengah ke sini. Nak kata sebok sangat tidak la juga tapi ... Ada tapinya. Idea dah kurang kot. Hari tu akak ada buat laksam. Tak pasti pula resepinya akak ada masuk ke tidak seblum ini. Nak ke resepi ni. Akak orang Kedah sudah pasti akak suka makan makanan kedah dan abang orang kelantan, semua masakan kelantan juga yang dia suka. Bila dah jadi isteri terpaksa akak belajar masakan kelantan daripada mok mertua. Bila akak buat laksam dua kuah yang rasa berbeza terpaksa dibuat kerana abang tak suka laksam kedah tapi akak dan anak2 memang suka. Jom tengok resepi yang akak buat untuk laksam kuah Kedah ni.


Untuk laksam:
1 peket tepung beras (500g)
1000ml air
secubit garam
1 sudu besar minyak
3 sudu besar tepung ubi.

Cara :   Masuk semua bahan dan kacau hingga tepung tidak berketul.
            Panaskan kukusan. Tudung periuk yang dilengser dengan minyak dipanaskan dalam kukusan. Ambil sesenduk adunan tepung dan masuk tuang atas tudung periuk. Jika tepung yang masak ia nampak mengelembung.


Untuk Kuah:
I kilo ikan yang direbus dan dibuang tulang.
15 biji cili kering
10 ulas bawang  (dimesin cili, bawang dan belacan)
sebesar ibu jari belacan
300 g kelapa digoreng (cam nak buat kerisik) (masuk dalam blender blend sekali ngan bawang)
1 sudu besar lada hitam
400g santan
2000 ml air (ini agak2 kepekatan yang nak.) nak cair air banyak. nak pekat air sedikit.
Lengkuas. serai diketuk


masuk dalam peiuk masak la kuah dia. Perasakan dengan garam dan bahan-bahan yang disukai. Dah siap dah hidang la bersama ulam2.

Kalau tak faham boleh call akak.






Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...