Sabtu, 7 Januari 2012

REZEKI AWAL TAHUN 2012

Alhamdulillah, dah menjangkau kita ke tahun baru 2012. Bagi akak penghujung tahun 2011, merupakan tahun yang diberi ujian oleh Allah SWT kerana hidup akak pada penghujung tahun tersebut penuh dengan kepenatan dan keharu-biruan (ayat apa tu). Dua bulan menguruskan anak2 tanpa pembantu dan sering kali bergilir-gilir dengan sang suami untuk menjaga anak2. Namun alhamdulillah setelah naiknya tahun baru, akak telah mendapat pembantu yang boleh dikatakan pandai membahagikan masa untuk melaksanak tugas sebagai pembantu. Akak tidak sangat mengharapkan kesempurnaan, cukuplah dia memahami tugasnya untuk menjaga anak2.

Pada 1.1. 2012, akak mendapat tempahan laksa dan karamel.  Dan beberapa tempahan pada hari2 yang berikutnya. Inilah masanya, kerana usaha akak melabur duit untuk belajar dan sedikit demi sedikit ianya dapat dikembalikan. Rezeki orang tidak sama dan ianya tidak datang dengan cepat. Jadi setiap saat kita perlu memohon dan terus memohon kepada Allah supaya diberikan kita ganjaran. Sesiapa yang ingin belajar dan menuntut ilmu pergilah kerana ganjaran Allah tetap ada cuma kita patut bersyukur atas apa yang dikurniakanNya.

Kalau ada yang nak order ngan akak   ---Kak jatt 0122090851.




Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...