Jumaat, 28 Oktober 2011

MEE KARI

Pada cuti devapali lalu, akak buat mee kari. Alhamdulillah walau pun tak selalu buat tapi ditekak akak boleh tahan juga kesedapannya. Jadi untuk tidak melupakan resepi ini akak titipkan resepi mee kari untuk peringatan diri sendiri jugak.

bahan2 kuah mee kari:

1 kg kerang direbus dan dibuang kulit
Ayam (ikut suka banyak mana nak)
2 paket tauhu goreng
1 peket fishball.
15 biji cili kering blend
100 g udang kering dimesin bersam-sama cili dan bawang
2 sudu besar rempah kari
12 ulas bawang besar
4 ulas bawang puting
1 1/2 halia
sedikit lengkuas
4 batang serai
500 ml santan
300 ml air (kalau nak cair tambah lagi)
rempah 4 sekawan


***mee (dielur) iaitu panaskan air panas dan masukkan mee. Toskan.
     sayur sawi direbus.
     kacang panjang dipotong pendek dan direbus
    daun sup/bawang
    bawang goreng
 
cara buat kuah:
Panaskan minyak tumiskan 4 sekawan.
kisar bawang, cili, halia dan tumis (bahan2 yang diblend)  hingga garing dan masukkan rempah kari dan masak bersama ayam dan tulang2. Perasakan dengan garam dan gula. setelah rempah masak. titipkan serai dan lengkuas. Masukkan santan pekat dan air. masukkan asam keping 3-4. Masukkan kerang rebus, tauhu kering, fish ball. Biarkan mendidih.
Boleh dihidang bersama mee.






Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...