Jumaat, 26 Ogos 2011

CUCUR UDANG KEDAH

Masa kecil-kecil dulu, kebiasaanya di bulan puasa kami dihidangkan dengan cucur udang oleh mak sebagai makanan sampingan selain nasi. Waktu belajar di Matrikulasi Kulim dan UUM, bila akak mengajak kawan-kawan berbuka puasa inilah menu yang selalu mak buat. Dan tambahan pula penghilang dahaga ialah air batu cendul. Itulah saat kegembiraan yang dirasai sewaktu berbuka. Tapi sekarang dengan kesihatan mak yang tidak begitu baik maka akak ingin juga menikmati masakan seperti itu seperti apa yang pernah mak buat. Resepi ini untuk simpanan diri sendiri dan anak-anak ku nanti.

Resepi cucor:
2 cawan tepung gandum
udang sebarang saiz (ikut banyak mana yang disukai)
2 sudu tepung beras (untuk rangup kat luar) tak nak pun tak apa
garam dan gula secukup rasa
Daun kucai dipotong 2 cm panjang
Tauge kalau suka (tapi akan melembutkan cucor tersebut)
(akak tak bubuh)
kunyit utk bagi calor kuning.
Air suam untuk bancuh.
Minyak untuk menggoreng



.
**************
Masukkan semua bahan dalam bekas dan tunggun 1/2 jam untuk menggoreng

KUAH KACANG
___________________

1 cawan kacang tanah goreng  tanpa minyak dan mesin (jgn halus sangat)
5 biji cili kering            }
2 biji bawang putih      }
4 biji bawang merah    } goreng dalam minyak sekejap dan mesin
sedikit belacan            }
3 batang serai             }
1/2 cm halia                }
Gula
garam

Tumiskan cili yang dikisar dalam bekas minyak tadi sehingga cili masak. Masukkan gula dan garam. Masukkan air sedikit dan masukkan kacang. Air asam jawa kena letak juga. Biar masak .


Cili sebelum digoreng dan dikisar

Kacang tanah goreng



Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...