Biskut ini adalah kegemaran akak semasa di alam persekolahan. Ingat lagi kakak yang menyewa rumah berdekatan menghidangkan kami dengan biskut itu dan ianya menjadi rebutan akak dan kawan2. Tapi itu hanya sewaktu dulu. Semuanya sudah terhindar dari memori semalam. Lalu akak nekad nak buat biskut ini dengan bantuan kakak di kampung yang sememangnya pandai memasak dan sekarang telah mempunyai perniagaan katering. Tapi biasa la apa yang diberi hanyalah secara verbal dan akak perlu mencatatkan di dalam blog ini untuk simpanan akak untuk anak2 akak nanti.
Resepi biskut denmark
250 g butter (akak guna butter cup)
Telur merah sahaja 2 biji
Gula 1 cawan icing
Tepung gandum 2 cawan
Tepung jagung 2 cawan
sedikit oren sunquick untuk merasa
Caranya:
Pukul butter dan gula icing kembang sikit je dan masukkan telur kuning dan esen vanila. Pukul naik putih sikit. Jangan biar kembang banyak nanti biskut mengembang. Masuk tepung dan gaul sebati
Bulat-bulatkan kecil2 tepung adunan. Bakar 170 celcius selama 15-20 min. Sejutkan.
Untuk salut kat luar:\\
Kacang digoreng tanpa minyak, buang kulit dan mesin halus
8 sudu gula icing bersama serbuk coklat van houten dibancuh bersama air panas dan kacau menjadi pekat. Sejukkakn. Ambil biskut dan celup coklat. Golek dengan kacang. Jemur sekejap untuk keringkan sebelum dipacking. elamat mencuba.
Assalamualaikum. Lama betul mak su tak updated blog ni. Dah bersawang agaknya. Biarlah permulaan tahun 2019 ni mak su kenangkan 2017 ddi m...
-
Pernah makan tak pulut lemak. Kalau orang kedah panggil pulut lemak la, orang luar tak pasti pulak ye. Pulut lemak boleh dipelbagaikan. Nak...
-
Rawatan pembaikan mata juling bukanlah asing lagi di negara kita sekarang ini, Ini dibuktikan dengan mata anak akak. Sebenarnya pembedahan m...
-
HOMEMADE PIZZA. Buat pizza begitu mudah dengan menggunakan noxxa breadmaker (amway). Sudah lama menggunakan noxxa breadmaker ni tapi har...